Dedekasi buat temaN ^_^

Cerita budak nakal


~Mem0ri di TeKnik PontiAn~
..::Pada 12hb November 2009 pukul 8.00 pg::..
..::adaptasi dari n0ta shaidil amin::..

asSalamualikum.. hari ni entah mengapa hati aku terdetik untuk berbicara sejenak dan bermain-main dengan pena memori..mungkin kerana saat inilah aku mula menghirup udara dunia dan mendengar azan dan iqomah di telinga.. mungkin juga tentang kenangan2 manis, pahit mahupun kelat suka duka di Stepo dulu yang tiba-tiba menabrak fikiran ini... ternyata saat itu,aku terpaksa membisu sambil melemparkan senyuman dibibir..dusta aq katakan yang aku mampu sorokkan perasaan rindu ketika dan saat itu.. tentunya ya, kenangan serta memori dahulu teramat lamanya bersandiwara di dalam hati ini..^^

Hari ini aku bagun dengan gagah sekali,mencapai tuala yg tersidai di ampaian membersihkan diri lalu turun sarapan pagi..Hening sabtu ini disemarakkan lagi dengan lagu2 retro yg seakan-akan bermain dengan kotak mindaku..kaki ku mulai berdetak mengikut rentak..Ayahku memanggil di sudut tamu memegang sampul surat yg agak besar..ternyata tawaran teknik rupanya..SM Teknik Pontian? Sekolah mane ni,x pena dengar pun..soalan cepu emas ini biasa sekali berlegar-legar diminda aku mahupun manusia yang berhadapan dengan situasi yang sama:
*hati belah bagi..nak pegi ke tidak?
*kawan-kawan aku pergi ke tidak?
*aduh,tak ada member yang nak pergi sama-sama?
*kos ni ker yang aq dapat?..best ke?
*malasnye duduk asrama..leceh la…dan banyak lagi

Mula2 dapat tawaran teknik dulu,tipu lah kalau mengatakan hati ini tidak berbelah bahagi. Teknik pontian? Sekolah mane tu??..Lagi hebat pertelingkahan dengan ibu tercinta merancakkan lagi suasana..pemikiran jumud aku sewaktu ketika itu amatlah aku sesali..percaturan pelajaranku terpaksa aq serahkan kepada kedua ibu bapaku yang sanggup melayani kerenah aku kerana mereka tahu apa yang terbaik untuk anak-anak mereka.. Meninggalkan Sekolah Menengah Tun Ismail di batu pahat Johor dan berpindah ke sekolah yang masih baru memang keputusan yang amat berat bagiku.. tetapi aku perkasakan juga hati ni utk berhijrah kerana hijrah itu sebuah pengorbanan dan yang paling penting saat itulah, aku buka kotak mindaku luas-luas dengan diiringi lafaz,”bismillah,yang menemani aku dari awal pembabitan aku ke sekolah ini .Apa yang menariknya dan tidak dapat dilupakan, ternyata sekolah ini jugalah yang mengajar aku bukan dari sudut pelajaran sahaja bahkan erti kehidupan yang sangat bermakna.. anak panah kehidupan yang menebusi dinding hatiku ini sewaktu bermain-main dengan rentetan peristiwa sekolah ini amat meningalkan kesan yang jauh mendalam pada diriku,dan berani aku katakan ia juga meninggalkan impak yang amat besar bukan saja kepada rakan-rakanku semua namun kepada guru2,warden2,penjaga DM bahkan tukang kebun juga.apa yang sekolah ini curahkan tampak sedikit tetapi isi tersiratnya mampu menembusi rentetan peristiwa yang tidak dapat kita semua lupakan..ketika inilah sudut2 jasmani serta rohani dibelai dan dididik bagi melaksanakan kami sbg seorg insan dan khalifah yg sebenar. Alhmdulillah..

Minggu orientasi..itulah minggu yang amat meletihkan bagiku mahupun rakan-rakanku..Sememangnya
kami adalah newbies dan freshies..tidak tahu selok-belok serta latar belakang Stepo.. aku suka mencari rakan sekepala.Azim namanya,1dorm denganku..satu minggu itu,kami lambat tidur,bagun awal pagi,mandi kerbau,berebut tandas,berkejar-kejaran,makan cepat,dengar taklimat,sesi perkenalan,diragging senior dan bnyk lagi.. ini semua kerana orientasi,orientasi dan orientasi..perkara yang wajib dialami oleh setiap insan yang pernah bergelar junior. Malahan ketika masa orientasi, pernah juga aku disapa oleh ustaz.Ustaz saifun nizam namanya,bukan kerana apa,kerana aku terlupa untuk mengambil fail orientasi dan ustaz menemukannya.Terngiang-ngiang lagi suaranya ketika memanggil namaku..berdegup2 jantung ketika itu..Banyak juga perkara yang janggal bagi aku..satunya,semua nama2 warden Stepo ketika itu panjang2 belaka dan juga sedikit istimewa kerana aku belum pernah terdengar lagi nama2 yang sebegitu..dari cikgu Wan Kamaismaizam, Ustaz Saifun Nizam,cikgu Mustazaladira, cikgu samsol paijo,sehinggalah cikgu Raja Alam..dan ramai lagi..Tetapi,semua inilah yang menjadi nadi aku untuk terus melaksanakan semua tanggugjawab aku yang sekian lama luntur dan padam, “mungkin” uh salah, “memang” berkat mereka pun sehingga hari ini aku berjaya melakukan tanggungjawab tersebut iaitu belajar..terima kasih cikgu..

Alhamdullilah, dgn personaliti yg Allah berikan, kehadiran aku mula diterima rakan seperjuangku.Sahabat kelas aku dahulu 4PKM1, teh, tompel, jawe, kodok, toyol, naim, gocek, faiz, alan, tapa, zai, taqim, macha, ain, sue, nadia dan juga sahabat2 yang lain. Keyakinan diri aku mula menebal untuk terus belajar mejalani serta menghargai ukhwah..En.Zahir bin tahir..nama yg masih lagi tersemat di dadaku,berperanan sbgi guru kelasku ketika itu,cikgu yang sempoi,bersahaja dan mengajar sejarah.. suaranya masih lagi berlegar-legar di minda aku kerana aku pernah juga berkongsi masalah dengannya..hal ini disebabkan subjek lukisan kejuruteraan mematahkan semangat aku untuk belajar lagi..aku gagal di dalam ujian yang pertama..waktu kelam itu,beliau ubatkan dengan sedikit nasihat sekaligus mencuci hati yang kesat..banyak lagi sebenarnya yang terbuku di dalam hati aku:
-detik En.Wan Kamaismaizam mengumumkan highscore B.M
-detik Pn Habibah yang kecil molek mengobarkan hati utk blaja fizik
-detik En Zahir suruh buat nota kale-kale
-detik Tc. Akma buat game sebelum ajar literature..dan bnyk lagi..segala ini,susah buat aku untuk melemparkannya jauh-jauh.

Kisah-kisah di asrama tidak kurang hebatnya..paang,halim,tapak,yazid,tajul,napi, dan paling tidak lupa 0deng..semua ini senior2 aku sewaktu berada di dorm 17..ya,dorm yang disangka penyebab “masalah”..sarang “makhluk allah”..Pelbagai rentetan peristiwa aku alami disini..Ingat lagi aku sewaktu didenda 1 dorm mengelilingi hostel (sedang semua rakan2 yang lain prep),dengan menjunjung Al-quran dikepala disebabkan kes menghisap rokok(senior je ea yang terlibat hehe)..ketika dan saat itu aku hanya boleh menebalkan dan menundukkan muka tetapi apabila difikirkan balik apa salahnya menjunjung al-quran..tersenyum sejenak…Saat itu, teman-teman memainkan peranan mereka,sedikit nasihat,beribu impak nikmatnya..ingat lagi aku nama mereka..enol,fareez,kacang,tompel,amor,L,Fattah,ejam,qayoum,adi,syah padul,yunus,gocek,param..dan ramai lagi.. Terdetik juga hatiku ini kerana menghasilkan rasa sayu apabila mengenangkan kembali kenangan dulu. “Persahabatan yg terjalin tidak mungkin aku lupakan”bak kata shaidil amin.

Masa beredar begitu pantas sekali..beredar mengikut rentak..giliran kami pula yang akan bermaharajalela memegang title senior..hmm tanggungjawab lagi..Menariknya juga,aku tetap lagi berada kelas 5PKM1 cuma sedikit perubahan rakan dan guru matapelajaran..Dari sini lah juga aku mempelajari erti persahabatan, keinginan, penghargaan , keberanian, kesatuan, kesungguhan,tanggungjawab,pengorbanan dan kesetiaan.Puhh..5pkm1..ramai yang berpendapat kelas ini mempunyai pelajar2 yang berpotensi..lagi-lagi kls ini diserikan dengan semua lelaki..dengar kata kelas ini juga ramai yang memperolehi keputusan yang baik dan rangking top 2-20 sekolah..aku turut berbangga atas kejayaan itu..bermula dengan unus,unjunk,komeng,map,ayie,zai,L,esyad,mork,kodok,aku,teh,
Toyol,shah,atah,ejam,banjo,robet,pisang,gocek,aus,azmi,kechik,dan epin…mereka semua mempunyai personaliti yang berbeza namun hati yang sama…
Banyak juga rentetan peristiwa yang menghambat kami semua,dan yang sempurnanya..kami amat gembira kerana sempat melaluinya bersama2..persahabatan yang kami reka ini bukan hanya sekadar mengejar fatamorgana di tanah yang datar tetapi mengejar pertalian persaudaraan yang mungkin amat berbeza dengan insan yang lain dan tidak mampu dibeli dengan ringgit malaysia..terpaku aku seketika kerana mahu menyegarkan semula detik2 yg berharga,ingt lagi:
-saat kls 5pkm1 muncul kelas terbersih 4minggu berturut2 & dipuji oleh cikgu isma
-saat map terkantoi surat cinta satu hostel..
-saat epin,ejam,zai disindir cikgu wan kama sbb bercinta dengan budak KA,PP,dan PERD..
-saat kelas 5pkm1 pki baju sedondon & giler lensa..
-saat cikgu zahir mengamuk sbb tak buat nota sejarah…
-saat ustaz mengajar agama semua terkedu dan tak berani berckp melainkan disoal…
-saat tc akma suruh lukis2,buat quiz & poster di bilik econ(blk tayang)
-saat aku bersedih kerana first test math aku tak dapat A(satu kls A kecuali aku)
-saat kls 5pkm1 kena berbaris & dilempang oleh cikgu raja alam krna tunggang-tebalikkan meja time nak trial
-saat aku dan rakan2 lain dibotakkan oleh cikgu raja alam
-saat cikgu habibah menjemput hari persandingan beliau
-saat atah minta advise aku nak bagi shaz hadiah apa..
-saat ejam suruh buatkan personal detail kerana nak bagi eja..
-saat yunus jadi ketua tingkatan
-saat L nak bersuai-kenal zue PP
-saat teh diminati oleh dak outsider 5KA2
-saat gocek tido dlm kls tc akma..tp tc tak marah
-saat benjo menggunakan kekuatan playboynya..
-saat robet melukis animasi robot-robot
-saat epin suruh aku teman jumpa nad dia..hehe
-saat kodok tiba2 straight kan rambutnya…dan bnyk lagi ..

Ternyata seronok kan?..meriah sangat..pengalaman berharga inilah yang mengisi segala ruang2 pengertian kerana pengalaman yang tiada pengertian itu kosong manakala pengertian yang tiada pengalaman itu buta…Alhamdulillah, dan syukur kerana aku sempat menjamahi segala rentetan saat yang amat berharga ini..

Dan aku percaya..semua bekas pelajar stepo berlumba2 mengatakan batch mereka adalah yang terbaik..bagiku, semua batch mempunyai detik kronologi yang tersendiri dan unik..masing2 mempunyai pengalaman yang berbeza dan saat yang berharga..termasuklah aku..ingin aku katakan batch kita..batch 3 rasanya juga amat meriah dan tidak kurang hebatnya...pertemuan aku dengan junior2 dorm yang baru mengisi ruang kehidupan..memang tidak dinafikan..ada juga tempat untuk bermain dengan kenakalan kami sebagai senior..tetapi bukan apa..apa yang kami lakukan itu semua sebenarnya sebagai satu hiasan peribadi di dalam hati..dan mungkin bila sudah dewasa nanti..aku harap mereka akan tersenyum apabila mengenang kembali percaturan mereka sebagai seorang junior..kerana hanya sekali sahaja seumur hidup menjadi junior di stepo…cuba aku ingat siapa mereka..hmm..bermula asoi putih melepak,belalang yg berspek,yazid,uhh..terlupa mungkin..dan junior2 yang lain..

Kronologi terus memain peranan...pantas rasanya ia berlalu.. Sedar tidak sedar,kematangan diriku terus menjalar.Bahkan,penting aku ingatkan kesemua pengalaman cukup mendewasakan diriku ini… Alhamdullilah, disamping sahabat2 lain, aku disatukan guru dan warden yang tegas. Cikgu Wan kamaismaizam, Ustaz saifun nizam, cikgu Raja Alam, cikgu Adnan,dan yang terutamanya cikgu shamsul paijo ketua warden stepo.
Ayat ini dipetik dari nota shaidil amin yang mengingat kembali kata2 ustaz saifunnizam “percayalah, dekat sini kamu semua didik utk menunaikan solat.. kalau di universiti nanti tiada siapa yang hiraukan”
Persoalan yang agak rumit mencalar mindaku..berfikir aku seketika, jikalau ustaz tidak buat rollcall tiap2 waktu sembahyang, pasti aku akan terus kehilangan arah sampai bila2.. Ternyata kata2nya itu bukan omongan kosong. Ustaz terima kasih atas didikanmu…
Merenung kembali apa yang terjadi ini semua,seakan-akan aku teramat rindu akan saat itu..tapi apalah daya aku..hanya ini sahajalah yang menjadi wadah untuk kita semua bermain dengan perasaan..syukur..
Mungkin sesetengah kisah tidak dapat diluahkan di bibir tapi ia boleh disematkan di dalam hati kecil ini…kehidupan di hostel stepo aspura mahupun aspuri pasti menemukan pelbagai susunan kronologi dan juga rentetan yang amat tidak ternilai harganya…apa yang menariknya,semua itu kita lalui dengan berpaksikan kasih sayang dan juga iktibar yang membawa kepada pendewasaan pemikiran tentunya....Tersentak aku apabila tiba2 teringat akan satu peristiwa malam yang sungguh hening pada mulanya..detik presiden asrama Fareez berpesta di malam hari..hari sabtu jika aku tidak silap…hari itu merupakan hari kelahiran beliau..satu asrama pada mulanya hening bermandikan cahaya bulan tiba2..aku dan rakan2 yang lain bersungguh2 untuk meraikan hari itu…Rupanya,bukan aku dan rakan2 yang lain sahaja yang berminat untuk meraikannya, malahan di bantu satu aspura..sungguh dasyat sekali..puas kami selidik dimana dia bersembunyikan diri..tetapi sepandai2 tupai melompat,akhirnya jatuh juga ke tgn kami..haha
Bermula dengan air nila disertakan perapan tepung bersama telur..air sabun serta syampu..air buah pinang yang gatal itu dan krim putih ditambahkan lagi dengan simbahan extinguisher…kelakar juga kami melihatnya…kami tidak risau untuk membersihkan aspura kerana pagi ahad,macam biasa gotong-royong diwaktu pagi..amat ligat sekali pada malam itu dan sesungguhnya ia hanya sekali sahaja seumur hidup diraikan di aspura stepo…amat meriah sekali kenangan ketika itu..tidak sanggup aku cuba lupakan detik yang berharga ini kerana ia menyimpan 1001 rentetan yang menjadi nadi kepada aku untuk meneruskan kehidupan duniawi…

Apa..aku?.. kisah cinta? Huhu..adalah sikit2…kisah bermula masa form5..melihat senyuman yang sering terukir di bibir rakan2 aku,muka mereka berseri-seri..cergas pagi2 membangkitkan semangat hati ini untuk terus mengambil tempat di dalam arena perasaan ini… dan Alhamdulillah, tuhan temukan aku dgn seseorang yang berani mencuri hati aku ini.Ternyata ia cukup mencabar…tanggungjawab demi tanggugjwb perlu dilaksanakn..tetapi masa juga pantas berlalu..itu adalah kenangan silam yang menjadi salah satu tajuk utama di kotak minda..keimanan aku terus diuji..dan aku bersyukur kerana masih lagi terbuku sifat sayang dan kasih untuk perkara yang sewajarnya..Mungkin terlalu awal untuk aku luahkan tetapi inilah kenyataannya…kehidupan aku di hostel dan stepo ini juga telah diserikan lagi setelah kehadiran biro di bawah jagaanku..biro disiplin..berat juga amanat yang diberikan oleh afiq senior aku dulu yang sanggup meletakkan kepercayaanya kepadaku..yazid,rasul,adi,afif,syami,sarah,fatin,erma,afikah,fiza,ira,zack..topek, ajir,kodok,atikah,ain,syasha,lili,khai dan sbgnya..banyak juga yang aku pelajari dari mereka tentang persahabatan yang utuh,saling menyayangi,sikap berterima kasih,ambil berat..dan bnyk lagi..sukar aku lupakan..Peristiwa demi peristiwa aku lalui bersama2 rakan dan taulan aku di stepo ini tentunya..
-detik menyambut kemerdekaan di aspura..
-detik meraikan harijadi dan makan kek setiap bulan..
-detik melaksanakan hari guru peringkat sekolah dan juga peringkat asrama..
-detik syed razi menyanyi lagu “sembunyi” dan lagu siti nurhaliza..
-detik miza menyampaikan nasihat dan ceramahnya..
-detik loceng di tekan pada pukul 3 pagi,rollcall..ade tak yang “fly”
-detik merebut2 beli aiskrim,“hotdog” & burger
-detik makan maggie sama2 di bilik pantry
-detik miza dirasuk makhluk allah
-detik kita semua outing sama2
-detik jadi abg/kakak/adik angkat
-detik qayoum menunggu siapa yang lambat masuk surau
-detik ajk keceriaan counting dan announce dorm siapa plg ceria
-detik meraikan april fool.. “mork termakan oreo colgate”
-detik perang biji kurma selepas buka puasa..
-detik sembahyang terawih,baca yassin dan tadarus al-quran sama2..
-dan detik perpisahan dan jamuan akhir tahun ..


Kini hatiku mula bermain2 dengan ombak yang sayu…mungkin keyakinan yang selama ini aku kukuhkan dengan terapi minda mula menampakkan kerapuhannya..mungkin disebabkan stepo ini sudah tiada serinya lagi…namun aku silap…sangkaanku mula meleset…senyap-senyap aku panjangkan tangan bagi merangka kembali serpih-serpih keyakinan itu tadi untuk membuktikan kenangan ini tidak mungkin pernah terpadam...adalah yang aku harapkan daripada kamu semua alumni stepo ini memberi aku sedikit inspirasi kudsi bagi membantu aku untuk melenyapkan anasir minda yang hanya mahu memadamkan detik serta rentetan yang tidak ternilai ini.. Lalu ketika itu.. aku rasakan seperti seorang insan yang sgt beruntung kerana memperolehi saat yang manis ini…Alhamdulillah..



Terlalu banyak memori yang aku sematkan di dalam hati dari awal pembabitan ke sekolah ini dan hinggalah ke saat yang paling membuatkan hati terusik, saat kami semua melemparkan kertas peperiksaan SPM yang terakhir.. Jiwa ini tiba2 menjadi terlalu emosional..kerana..
-untuk kehilangan rakan2 seperjuangan..
-untuk kehilangan guru2 serta warden2 kesayangan..
-untuk kehilangan sahabat dan teman yang paling rapat..
-untuk kehilangan kenangan berada di aspura(lelaki) & aspuri(perempuan)..
-untuk kehilangan segala tambatan kasih yang sekian lama dibina oleh kami semua..
Sememangnya aku menjadi lemah…buntu sekejap…
amat sekali rindu dan ingin kembali pada masa lalu...

Insya Allah, keupayaan waktu mungkin merubah segalannya,..
-ingin sekali aku bertemu dengan semua diantara mereka…
-ingin sekali aku memeluk bahu mereka dan bertanyakan khabar..
-ingin sekali aku berjumpa dengan bekas guru2 serta warden2 aku semua..apalah cerita mereka sekarang..
-ingin sekali aku berdiri buat terakhir kalinya bersama semua batch berpimpin tangan di sekolah menengah teknik pontian sebelum ia di tranformasikan..
-ingin sekali aku melihat kenangan2 dari sudut yang indah di sekolah itu…dan itulah Sekolah Menengah Teknik Pontian..
-bahkan,ingin sekali aku tegaskan kerana mereka semua ini adalah temanku..yang berkongsi segala pahit manis dan ranjau duri..jadi tempatmu semua di minda serta hatiku..

Dan tentunya..segenggam rasa rendah diri ini aku terbitkan lalu aku serta tadahan doa untuk dipanjatkan kehadrat ilahi dan inyayahnya kerana memberi aku kesempatan bagi menjamahi segala rentetan serta kronologi yang sudahpun menjadi takdirku.. walaupun kini stepo jauh dari sudut mata & tiada lagi disisi, imbasan kenangan itu akan terus bersemadi di dalam lubuk hati..Mungkin kekuatan akan allah berikan jika jika meminta pertolongannya. Insya Allah.. amin.

ZikiR yang selalu kite dengar di STEPO sebelum solat MAGhRib
http://www.facebook.com/video/video.php?v=1341259724063&ref=mf

Harap terhibur!!

Copyright © / Apresiasi Poce.

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger