Karya itu ye?

Polite Awakening : Bila kelebihan itu didominasi.. ..

Aaaduhai,lame noo x jejak kat sini tapi x apelah ye maklumlah sekarang busy memanjang sejak abis study diploma aritu..rezeki pulak bertambah bile result UPU menampakkan hasil coz dpt gak sambung degree bulan september ni..bukan nak cete itu yang pasti,tapi nak sharelah cerpen sulung yang rasenye galak untuk dibaca..hah kalo jupe kat kedai2 tu belilah an kalo nak tau ape isi yg terkandung hehe =)





..."Huh.Reaksi serta respon yang mereka berikan sudah cukup memberikan tamparan yang berbisa.Kata-kata mereka terus menusuk kalbuku.Betul apa yang mereka kata,sepatutnya tiada rahsia antara kita.Jelas sekali nada Kucai dan Adi membuktikan kemarahan mereka.Marah betul mereka.Saat aku cuba mengembalikan keadaan yang semakin hangat dengan ayat-ayat yang mudah sahaja bersifat sejuring selumbar itu,ia memberi impak yang luarbiasa.Aku cuba mengawal keadaan.Inilah padahnya.Salah satu faktor kenapa ia tidak boleh diberitahu,ia sudah cukup untuk merisaukan dan terlalu senang untuk meraih simpati.Aku tidak mahu begitu.Tidak mahu menyusahkan rakan karibku yang selama ini aku anggap merekalah nadi untuk aku meneruskan kehidupan.Tidak salah juga sekali lagi untuk aku ucapkan yang aku sangat bersyukur ditemukan dengan kamu berdua.Adi dan Kucai.Tetapi situasi sekarang sudah mencerminkan perbezaan.Nak tak nak aku kena juga untuk berterus terang dengan mereka.Bukan untuk menelaah simpati mereka tetapi sebagai satu penghormatan bagi mereka"

hah begitulah sedikit bingkisan dalam cerpen itu,ala 8799 patah perkataan je..hehe jupe lagi..salam.

p/s: Geliganya lelaki itu, apabila dia berjaya memahalkan wanita hanya melalui kata-kata dan akhlaknya :)




0 comments:

Post a Comment

Copyright © / Apresiasi Poce.

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger