kawan-teman-sahabat-friend


1.Kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar… Dah dapat sepak…


2. Kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok…Lepas tu pijak…


3. Kawan tu bukan mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap…Dah dapat tendang…


4. Kawan tu bukan mcm PAMPERS. Dah pakai pastu buang…


5. Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai…Dah sengkek gadai…


6. Kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah hilang…Hujan gerimis baru muncul…


7. Kawan tu bukan macam KERETA. Rosak sikit jual …Beli baru…


8. Kawan tu bukan macam CHIPSMORE . Kejap ade kejap takde…


9. Kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit baru nak cari…


10. Lagi…Kawan tu macam ape ye??? Hmmmm…Haa…Kawan tu macam ko LA… Bila aq tulis artikel, ko akan baca dengan teliti sampai habis…


Persahabatan…


Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran .Mencari sahabat sejati bukanlah mudah….ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka.


Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab. Sama bergembira di waktu senang, membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan.


Meskipun mungkin menegur itu mungkin disalahtafsirkan, tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai sahabat….diteruskannya juga. Sahabat sejati tidak semestinya perlu berada di sisi kita setiap masa. Mungkin dalam setahun, pertemuan dengannya boleh dihitung dengan jari. Namun, hubungan dalaman yang erat terjalin sebati di dalam jiwa. Biarpun jauh, nilai persahabatan yang sedemikian akan tergenggam erat dalam diari ingatan.


Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih.Malah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:”Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih drp kamu mengasihi diri sendiri”.Begitulah besarnya pengertian persahabatan dalam islam bersandarkan konsep persaudaraan. Justeru itu, marilah kita bersama2 merenung dan mengamalkan hak-hak persaudaraan dan persahabatan seperti yang digariskan di dalam Kitab Bimbingan Mukminin- Imam Ghazali ini.


Secara ringkasnya…


1) Hak dalam harta


dalam sebuah hadith ada disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Perumpamaan dua org saudara adalah seperti dua tangan yang satu membersihkan yang lainnya…… H.R dailami. Hadith ini menyebutkan bahawa dalam persahabatan itu perlu ade saling bantu membantu dalam menunaikan tujuan yang satu.tujuan yang utama itu ialah bahawa kita sebagai sahabat perlu memberikan sahamnya secara bersama2 baik dalam keadaan suka dan duka ,gembira dan sengsara.


2) Hak dalam memberi pertolongan dengan tenaga dan lain-lain


salah satunya adalah hak untuk memenuhi keperluan sahabat. .Apabila seorang kawan berhajatkan bantuan dan kita pula mampu untuk menolongnya, bantulah dia..dengan disertai wajah yang manis,ramah tamah, ikhlas dan air muka yang gembira untuk menunjukkan bahawa…..kita suka apabila sahabat kita itu meminta bantuan drp kita.


Seorang ulama pernah berkata: Perhatikanlah saudara-saudaramu itu dalam 3 persoalan iaitu jikalau ada yg sakit, tinjaulah dan jikalau ada yang dalam kesibukan, berikanlah pertolongan dan jika ada yang dalam kealphaan, maka peringatkanlah ia………Dalam hal ini Allah taala ade berfirman:


“Orang2 mukmin ialah yang saling kasih-mengasihi antara sesama mereka itu” ayatullah ini menunjukkan supaya kita saling sayang menyayangi dan kasih mengasihi dengan sahabat2 kita.


3) Hak dalam lidah dan hati


Ada dua perkara iaitu berdiam diri dan berkata-kata. Berdiam diri maksudnya, sebagai seorang sahabat yang baik..seharusnya kita tidak boleh bercakap2 tentang keaiban sahabat..bahkan perintah menutup aib org lain juga..perlu dipraktikkan kepada seluruh umat manusia..Tidak menyebarkan keburukan sahabat baik semasa sahabat berada di depan ataupun tidak. Dan jika sahabat itu bercerita kepada kita tentang rahsianya, tidak wajarlah kita menceritakan kepada sahabat2 yang lain pula.


Sabda Rasulullah s.a.w:


“Barangsiapa yang menutup cela saudaranya, maka Allah ta’ala akan menutupi celanya di dunia dan akhirat” Riwayat Ibnu Majah. Dalam riwayat lain ada menyebutkan: Sabda Rasulullah: “dua org yang duduk bercakap2 itu harus disertai dengan amanat.Tidak halal salah seorang di antara keduanya itu menyiarkan mengenai saudaranya itu akan sesuatu yang tidak disenangi olehnya ” H.R Hakim”


Sebaliknya pula jika ada perkara baik atau pujian sampaikanlah berita2 gembira pada sahabat itu. Rasulullah pernah bersabda:”Mohonlah perlindungan Allah dari pada tetangga yang jahat, apabila melihat kebaikan org lain ia selalu menutupinya dan apabila ia nampak keburukan, ia selalu menampak-nampakkannya H.R Bukhari.


Dengan berkata-kata pula,ialah saling nasihat menasihati,mengenali dengan lebih mendalam lagi sahabat2 dengan cara berkomunikasi. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seseorang dari kamu semua mencintai saudaranya,hendaklah memberitahukan hal itu kepadanya” H.R Abu Dawud,Tirmidzi dan Hakim. maknanya di sini..kita bagitaulah kepada sahabat kita yang kita menyukainya..agar selepas itu..sahabat akan lebih sayang kepada kita.


Selain itu, salah satu cara menunaikan hak sahabat ialah memanggilnya dengan gelaran yang paling disukai oleh sahabat itu. Ini akan lebih menggembirakannya. Umar r.a pernah berkata: “Ada 3 perkara yang dapat menjernihkan kamu mengenai kecintaanmu kepada saudara2mu..iaitu, engkau mendahului mengucapkan salam sewaktu bertemu dengannya,hendaknya engkau memberikan ruang tempat duduk untuknya di dalam majlis dan hendaklah kau panggil ia dengan nama yang paling disukainya”


4) hak dalam memberi kemaafan


Memaafkan saudara adalah satu perbuatan mulia..baik kesalahan itu dilakukan secara sengaja ataupun tidak.Jika kesalahan sahabat itu bertentangan dengan agama, wajiblah menasihatinya dengan ramah dan lemah lembut. Seorang ulama pernah berkata: “Kemuliaan hati ialah dengan jalan memberi maaf kepada kesalahan2 sahabat2mu”


5 )Hak dalam mendoakan


Mendoakan sahabat baik semasa hayatnya ataupun matinya.Doakanlah kesejahteraan dan kejayaan saudara2 sebagaimana kita mendoakan untuk diri kita sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seorang itu mendoakan untuk saudaranya di kala tidak berhadapan dengannya, maka berkatalah malaikat:Kamu pun menerima sebagaimana doamu itu” H.R Muslim.


Begitulah secara ringkasnya..(banyak lagi sebenarnya)…


Sahabat2 yang di dalam rahmat Allah,


Begitu besarnya pengetian sahabat menurut islam.Semua umat islam adalah bersaudara.Sudah sewajarnya kita saling sayang menyayangi,hormat menghormati dan bantu membantu..dan dalam erti kata lain, memenuhi hak2 sebagai seorang sahabat . Pilihlah sahabat yang dapat membawa kita kepada kebaikan.Tidak dinafikan pengaruh sahabat besar dalam hidup kita.Sekiranya kita dapat menasihati kawan yang tergelincir sedikit, itu sebaik-baiknya.


hayatilah maksud hadith ini..


“Bertemankan si pembuat haruman, walaupun kita tidak meramu wangian, namun harum aromanya tersebar jua, bertemankan si pembuat besi, walaupun tidak menempa besi, percikan baranya terkena jua”


cc:cahayapurnama

POLITIK DAN POLITE ETHIC

POLITIK DAN POLITE ETHIC


Penulis : PoceTaib

Lulusan: Diploma of Mechanical Engineering

Lulusan semasa : Degree of Mechanical Engineering (Design and Innovation) with Honor


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Sejajar dengan hasrat kerajaan dan pentadbiran organisasi dalam mentranformasikan negara kita sebagai negara yang mempunyai sistem nilai yang tinggi dan difusi budaya yang positif, pembangunan dalam pelbagai elemen seperti kestabilan politik yang menjadi instrumen untuk menggalakkan rakyat dan pemimpin sentiasa bersatu-padu dalam menempa sejarah sendiri adalah menjadi medan yang terbaik pada masa kini.Tradisi autentik ini perlu dijadikan sebagai kayu pengukur kepada sesiapa yang telah diberi mandat dan tanggungjawab bagi menjangkau tranformasi negara.


Politik tidak menyerang peribadi.Malahan,sebagai seorang mahasiswa kita dapat merasakan percambahan politik yang kita amalkan sekarang ini semakin meruncingkan tonggak kejayaan negara.Kita sebagai rakyat yang berbilang kaum memerhati dan menilai.Sesudah itu, apa yang membezakan kita adalah cara serta kematangan kita untuk berfikir dan kematangan kita untuk menerima.


Impian untuk memiliki sebuah negara yang aman dan stabil dari segi ekonomi,sosio-budaya serta yang paling penting evolusi politik boleh direalisasikan jika kita semua matang dalam membuat langkah penyesuaian melalui kebijaksanaan minda kita.5 tahun tampuk pemerintahan perlulah diberikan kepada meraka yang layak menerima.Situasi ini tidak boleh dieksplotasi kerana usaha yang praktikal antara rakyat dan pemimpin adalah langkah yang berkesan untuk mengorientasikan semula pemikiran manusia.Pilihlah dengan tepat.Nilai kedua-duanya.Hormat kedua-duanya.Tegur bukan mencanang.


Sekadar pendapat yang boleh dikongsi.


Tak rugi kita berkerjasama,kalau kita asyik bertelagah yang kalah jadi abu,yang menang tetap jadi cebisan arang"

Jauh Sebenarnya sukar.


Tak lari mana dah cete aku ni..haha, cinta x sampai,persahabatan,humor,hal semasa..Kadang2 kita lupa orang sekeliling cuba berinteraksi dgn kita walhal kita sendiri yg dangkal untuk menerima.Bila kita beri lebih,mereka kurang sedar..tapi kalau kita beri kurang, dikatanya kita x pandai berkolarborasi.Bagi lelaki sama lelaki itu 'biasa' sbb fitrahnya terhadap kaum hawa.Tapi bagi wanita,siapa tahu?..Penah rasa selumbar? Perkataan yg sinonim dengan kebisaan selumbar adalah juring.Perilaku dan juga riak wajah seseorang yang tidak selesa mampu terus memberi persepsi sejuring selumbar kepada individu yang lain jika mereka mengharungi saat yg kurang diberi penjelasan terbuka tentang sesuatu yang tidak wajar."Aku dengar cakap orang,aku rugi".


Keadaan memaksa kita supaya tidak mengambil mudah tentang ini.Terus kita melabel tanpa usul periksa.Natijahnya,kedua-dua rugi.Pertalian semakin renggang.Instrumen perbualan jauh sekali.Riak wajah semakin kurang seri.Semata untuk menjaga hubungan katanya lebih elok begini.Kerja tetap profesional.Agama sebagai bendera.Tapi agama juga melarang kita supaya tidak bertegur-sapa.Salaman itu berkat.Dangkalnya kita.Masing2 pendirian tetap.Jauh itu dapat menyelesaikan masalah? atau jauh itu punca hubungan dieksploitasi?.Kita fikir sendiri.Kita cukup sendiri berfikir tapi masih lagi tidak temui jawapan.Kini,semua berhempas pulas melawan arus.Kita kerja profesional tapi tidak lebih.Kadang2 hati mesti kata "aku tak mahu begitu".Rindu sejarah dahulu.


Orang menilai dan menyampai.Kita diberitahu.Apa kita buat?Melatah.Kadang2 iya.Tapi cuba teliti garis masa.Kita kenal mereka lama berabad.Kadang2 bermandi peluh dgn mereka..itupun masih melatah? Orang dengki dan terus menguji.Mendesak supaya kita lemah.Usaha kita sentiasa praktikal.Tetapi kenapa kita masih lagi mendengar.Bukan orang yg rasa.Kita yg rasa.Mekanisme apa yg ditawarkan? Jauh bukan penyelesaian.Kita mencuba tetapi jika detik itu mereka tawar untuk menerima bagaimana?Langkah penyesuaian cukup bijak tetapi hak mereka dahulu dihakis oleh kita,bijakkah mereka untuk menerima kita lagi?..Kita yang cuak.Faktor dominant apalagi yg perlu kita suaikan? Jauhkan diri lagi.Ia masih menimbulkan darjah kesukaran.


Cuba emosi kita letakkan tangga kedua.Medium yang kita rasa negatif kita buang jauh2..dan yang penting anasir-anasir yang selalu menilai dan menyampai kita jamu dengan pandangan positif.Sebab kita saling percaya.Dan jujur kata "Jauh itu sukar".

C.A.D.B.U.R.Y

[Cerdiknya Aku Dengan Bergurau Untuk Rasa Yakin]


Masuk pukul 4pg dah.Dua hari ni kelas cancel.Aku teruskan kelangsungan hidup utk test ari khamis ni.Bukan nak habaq mai cete tu,tapi hari ni aq belajar something important dr member2 aq.Ya,pada aq dorang lagend.Jatuh bangun aq dengan dorang.Pernah kan korang dengar member makan member.Member tikam dari pelbagai arah,tp YG aq jupe beza.Mereka lain.


-Sering orang label ada anasir2 luar akan ganggu friendship yg terbina.Korang buat ape?Solution korang ape?


-Sering orang kate kita lebih tahu menilai orang berbanding diri kita sendiri.Baik sangat ke diri kita nak menilai orang?


-Sering kali kita sedang leka utk mencari kesalahan orang lain.Kita mampu ker betulkan diri kita dulu?


-Sering kali kita berhadapan dengan hasutan orang.Kau tau tak benda tu boleh rosakkan relationship?


Aku x berani nak bagi nasihat sbb aq pun sama.Aku pernah kutip teguran.Aku respek orang yg bagi teguran.Walaupun dia tau dia x betul tp dia sama2 ubah.Pernah korang dengar member korang sedih sbb perilaku korang jauhkan diri?korang try for sure ko rase rugi.Aku rase kerugian tu.Tapi nasib menyebelahi aku.Mereka kata mereka terima aq seadanya sbb mereka memahami kekurangan hati aq.


Rasa poyo giler bagi statement macam ni tapi gua tak bohong.Ini realiti dunia bukan televisyen.Tak pernah di-edit.Kadang kita rasa kita hebat tapi rupanya kehebatan itu keluarkan banyak kelemahan rupanya.Kita boleh je cakap itu unfair!!tapi nak buat macam mana yang penting kita go for it because that is what we called life.

T.A.M.B.U.N CREW

[The Awkward Moment Behind Unexpected Negotiation]
.


[1 Week before]


Cane nak mule cete ek..hmm 1week before hari kejadian,proses keahlian berlaku..mcm2 kerenah ade..yg aq x dpt permission dari bos nak bwk kete jauh2,..yg sorang smpi ari jumaat tak confirm participate ke tak..ada lak yang ckp ni event "sek sek iye"..and ada lak yg kata kalu tak cukup transport dy pegi..haha tp alhamdulillah sbb semua register tepat pada masanya.Cadangnya mmg aq x dpt pegi sbb ayah aq soh blk teman mak kat umah sbb ayh ade keje kat puchong tp sbb project manager(PM) dah bape kali ajak event aq tolak hmm kali ni aq kene usha2 masa plus duit plus free time utk pegi gak.Bile lg kan,sbb last aq pegi vacay pon time pulau kapas dulu..lame dah doe..

.


[16 March 2013]


PM kate kul 4pg kene gerak tp kul 2pg tu tak dpt tido lg..excited punye pasal sampai bape kali masuk bilik air..lepas antau glider kat umah member g beli brg ape yg patot.Pkul 1 dah lepas,..2pg dah lepas..still tak tido2 lagi..poyo lak asik nak ckp sbb excited haha..same je korang kan, trending twitter kemen lagi..last2 kul 230pg bulu mate terus lelap tetibe..set alarm kul 330pg tp bangun 345pg..mmg kelam kabot capai tuala..tepat kul 4 dol tepon,dy buat sore poyo2 belum bangun haha suruh cpt gerak..gerak umah dorang, bawak masuk barang sume siap sign penyerahan wang saku mcm dapat style penyerahan harta haha gempak x management haha tu kak long punye keje tu..Estimated kul 440pg kitorg gerak dr sini g kl uma cap kat area bangi (satu2nya tmpt yg aku rase ramai jemaah subuh kat situ.Respek)..ermm penumpang men peranan.Gil,mi,zam,aq..koi da warning siap2..ce ko jage2 gil uh..mmg dy tido laa dlm kete sbb dy x tido lg..haha Mi ngan zam relax je bual2..tp lps 1jam dorang tewas gak yg zam berzikir agaknye,..kepala mi dah sangkot dah kat tingkap lentok sudah..Gil je still bertahan tp selubung dengan selimot..bagus la co-pilot x tido ahaha belum lg kot.Lepas uma cap solat suboh terus gerak kl uma mok ngan amik mer..decide drop kete aq kat uma mok then kitorang build up team alza!Sekali lg penyerahan wang saku kat mok oleh kak PM kite..mer tengah berdiri tggu kete pick up dy kat stesen bas ape tah..sory la aq mmg x tau sgt area kl ni ahaha..mer kate "aq terpacak kat sini dr kul 6 puihhh" haha..abih keje pick up crew2 sume our vacay start now..Mcm bese,vacay ni tak berjaya kalu niat tak betul..mer lead doa mohon agar permudahkan urusan ktrg sume..ye ar kalu x dpt izin drNYA tak complete urusan kita kan..terus gerak Tambun,PeraQ bukan KampaQ nye ika alin ahahha Kemahiran driving terserlah.Masing2 tunjuk skill.Kete cap satu hal..lampu dia confuse kan org dr melaka lg..haha bile jln dop rata ingtkan dia bg high beam..time tu aq ketepi la..pastu dy ikut ketepi haha confuse sikit nak ckp tgh men Game Theft & Police belum lg rase..haha

-Team Alza unite : Dak2 ni kata time dekat R&R dorang sume benti,kuar..satu2nye makhluk yg x kuar dr kete dak2 alza unite.Persoalannya,bila korang benti???


-Team Myvi unite : Hmm yua dgn ika hmm same jee..bile ktrg buat aksi memotong kete nmpk 2 ekor tu melekat mcm igauna kat cermin yua dgn mulut terbukak sikit..samee jeee last2 mi ngan cap je yg bernyawa time uh haha


-Team viva unite : Team ni aq tak tau la bile dorang nak abis gelak..time potong dol gelak,koi bukak mulut mcm ade cete best jee..kete mer pon same yg fara buntang kan mata bulat dy pastu senyom..zam mcm bese la bile dy bukak sore halus dia org dah boleh gelak dah..compare team alza memang x same..lagi best suasana sepoi2 dlm alza hahaha..mok smpi ckp "bangun anak2" "hai anak2ni x boleh bawak jalan" dgn buat muka duckface dia haha


Sampai Tambun Lost World estimated pukul 9 lebih tapi kitorang selamat sampai dalam kul 10.15 ar mcm tu..check in,dapat kan tag siap2..and tukar baju,amik loker tuk smpn brg2 berharga..LostWorld.Speechless.


-Bile dah dpt air mmg dah tak ingat dunie dah..p dok pusing2 dalam lostworld tu mcm2 ade..Nak tau?try pegi ngan usha sendiri..Bohong ar kalu org kate x happening pegi lak ngan member2 lak uh.


-Kapal pirates tu mmg jahanam!..punca 100 plus jugak..arghh kalu aq tau aq x minom!..woi macho2 cap,mer,gil tu pon muka pucat jugak tau xyah selindong ar..korang cume tahan macho x nak jerit an..puihh try arr dok plg belakang sekali haa tau x tau dunie ni camno..huh tp pelik aq budak due ekor tu yua dgn alin ayt drg same je bile aq dok sebelah drg "saba ce sikit lagi,sikit lagi" "dah cey sikit lagi nak habis" puihh dorang x de perasaan ke??????? haaha


-Hah try tgk pic bawah ni..ni ar kapal pirate jahanam tuh!..tp utk pic ni korang jgn fokus kat aq..fokus kat mamat baju kale ijao tu..kemen berlagak lagi sebelom naik...lepas naik sume tiang dy nak pelok!..gil punye keje ar tu haha

.

-Yg si mamat mok ni x perabih dgn Tiger show dgn si shery ke ape name budak pempuan tuh..sampai burung kakak tua tu confuse mane batang yg patut dia hinggap sbb ada shining blocking mata dy haha..good job!


-Flying chair tu lak,bile aq tgk si koi zam ika alin fara ngan kak long nek..mule2 je excited jerit sbb kusi tu start terbang pastu aii mcm xde org lak yg naik sbb sume diam kepeningan..2x 3 x je jerit excited pastu dah mcm nak muntah dah lagi2 ratu wueek kita si sabah tu ani..hahaha


-Abihkan masa kat Tambun tu dlm 7 or 8 jam rase..pastu siap2 bilas,makan isi minyak..Team viva dol nak tunjuk dorang ade satu keropok time kat trafic light..mok nampak dy buat strategi suroh aq,kot,gil pgg satu jajan..hah!mok bg arahan "satu dua tiga"!! sume bukak tgkap tunjuk keropok msg2 4 penjuru..hamik ko hahaha makcik yg tgh sapu tgk gelagat ktrg kat trafic light terkekeh2 dia..haha


-Segera cari lokasi tmpt penthouse yg ktrg booking sblum pegi sini..area Cameron Hightland..start masuk area tu mmg sejuk gileer.team alza unite kot,gil,aq mok msg2 dah capai ngan selubong dgn selimot..Mmg sejuk! What do you expect Cameron kan..tp suasana maghrib dy mmg cun angin deru mcm bese..terasa tusuk tulang ni hah..


-Tepat kul 9mlm ktrg smpi Penthouse! pergh umah yg xde kipas tp sejok nye kemen bagai sekali.Yg bunga2 sume start masak steamboat sdgkan yg kumbang tgk GAG konsert korea,men kad, usha gambau..ade yg turun usha pasar malam..cKot dr dlm kete asik ckp pasal cendawan goreng dy..hah sbb tu x lepas peluang g cari tuh..


-Lewat gak hidangan siap sume..dlm kul 10 lbh tu ktrg dinner same2..sdp spegethi tu..tp time makan rmi2 uh,suasana mcm awkward sikit..senyap sikit pun boley kalu nak digambarkan..time tu ar cadangan mok,zam ngan mer pasal game Theft&Police tu muncul..sume participate..hukumannya kene abis kan steamboat tomyam yg x abis tu haha..Ah!! aq x suke game ni..!Tapi aq nak gelak pasal ika hahaha..obvious sgt bile jd theft hahahaha reti kelip ke x reti ika hahaha..Paling gambel fara,bile org pggl dy dr bwh dy turun dgn telekong putih phewww..bak kate mok yg tlh single tu "perghh serius doe cair aq" haha..Game abis kul 2pg pastu sume mata dah kuyu mana x nye pnt masing2 kat gelak,mandi,driving lagi sume kepenatan..tido.


-Time tido lak..pon ade insiden gak..aq ngan mer tido same..dol,mok,gil,koi satu katil 4 kusyen biru bunga2..yg klaka nya si dol ni hah time tido pon boley kate "AKU NAK MAIN 2x" perghhh main game sampai terbawak2 dlm mimpi dol haha..bile pg org cete ckp itu sume dusta..mmg ar org tido mane ley sedau bile die ngigau puihh...

.


[17 March 2013]


Pagi tu mer kejot an aq solat subuh..dy terus lepak beranda makan kuaci..aq terus mandi air panas sbb nak perot memulas dek punishment steamboat semalam..selesai sume nampak kelibat gil masak telor ngan potong kerak roti..nak buat scrabbler egg katenye..yg len still lg terbongkang..aq capai camera mok snap muke sekor2 tgh tido..Scrabbler egg tu sedap gak penye tggal lagi ktrg lupe bwk garam ckit kalo x mmg perfect! thanks girls! Then last day kat ctu,..sume siap2 kemas dlm kul 11pg ktrg gerak..Otw balik sume sempat capai ole2..bnyk gak kdi2 strawberry plus ubi madu souvenir kaktus etc. Sume shopping utk family or member2..xlupe kot haha..Rutin wajib mmg snap pic la kan tu wajib hehe..lepas tu dlm kul 5 lebih petang tu start turun area tapah..perghh tapah.Serik bak kate ani.haha

-Kat situ ar ani dapat title Ratu wueeek haha


-Team alza mcm bese,..ckot dah start berzikir,aq ngan gil pon terfollow same haha


-Fara bak hang lak menurut kate mer dy relax je siap men enset,usha picture sume padahal org sume pening2 lalu area tapah tu


-Ktrg benti solat jamak sekejap..then teruskan perjalanan balik melaka,


-Buat 1st time nye team alza dop tido sbb ckot drive hahaha,gil smpt kate "on ckot we trust!!" ckot balas.."asal korang x tido siot ko xcaye aq on ckot we trust konon puih" hahaha


-Masa rehat kat perhentian ape tah,satu insiden lg terjadi..cap kene ngorat dengan budak2 pempuan GERAI NUM 16..merah padam muka mamat tuh haha,mi saksi dy kate bdk2 pempuan tu ckp "Hensemmmmnyeeeee tahiii lalat!!" smpi siap prepared surat lg (Bukti ade kat aq) hahaha..*persoalannye,bnyk2 aset kat cap tu tahi lalat yg ko tgk budak? haishhh haha


-Sampai kl sume berpecah ade yg blk umah jap then balik melaka ari senin..ktrg 3 org teruskan driving balik melaka


Arrived melaka estimated kul 12mlm tp pheww penat woo kul 2 baru sampai..esoknye g kls kene bahan antra satu same len..mata sume x ley blah..rase dtg just nak sign je kot hahaha..habiss.


#nama sume dipendekkan atas dasar safety :)
[LOSTWORLD OF TAMBUN IPOH,PERAK]

Saya Kembali Tapi Tak Janji

Polite awakening: Ruang itu kami isi sepenuhnya.

Umo da pun meningkat..tapi skill2 penulisan ni still lagi minat.Tak pelah,slow2 la kan nak naik balik haha.Baru2 ni ada g bercuti.Satu group/crew cepat terhasil.Aku nak cete lebih tapi still perlu kan masa nak goreng.Kang bila merapu kang,lain lak cetenye.Aku try sampaikan dgn sebaik mungkin.okay guys babes!skunk lek luh hehe

Copyright © / Apresiasi Poce.

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger