Jauh Sebenarnya sukar.


Tak lari mana dah cete aku ni..haha, cinta x sampai,persahabatan,humor,hal semasa..Kadang2 kita lupa orang sekeliling cuba berinteraksi dgn kita walhal kita sendiri yg dangkal untuk menerima.Bila kita beri lebih,mereka kurang sedar..tapi kalau kita beri kurang, dikatanya kita x pandai berkolarborasi.Bagi lelaki sama lelaki itu 'biasa' sbb fitrahnya terhadap kaum hawa.Tapi bagi wanita,siapa tahu?..Penah rasa selumbar? Perkataan yg sinonim dengan kebisaan selumbar adalah juring.Perilaku dan juga riak wajah seseorang yang tidak selesa mampu terus memberi persepsi sejuring selumbar kepada individu yang lain jika mereka mengharungi saat yg kurang diberi penjelasan terbuka tentang sesuatu yang tidak wajar."Aku dengar cakap orang,aku rugi".


Keadaan memaksa kita supaya tidak mengambil mudah tentang ini.Terus kita melabel tanpa usul periksa.Natijahnya,kedua-dua rugi.Pertalian semakin renggang.Instrumen perbualan jauh sekali.Riak wajah semakin kurang seri.Semata untuk menjaga hubungan katanya lebih elok begini.Kerja tetap profesional.Agama sebagai bendera.Tapi agama juga melarang kita supaya tidak bertegur-sapa.Salaman itu berkat.Dangkalnya kita.Masing2 pendirian tetap.Jauh itu dapat menyelesaikan masalah? atau jauh itu punca hubungan dieksploitasi?.Kita fikir sendiri.Kita cukup sendiri berfikir tapi masih lagi tidak temui jawapan.Kini,semua berhempas pulas melawan arus.Kita kerja profesional tapi tidak lebih.Kadang2 hati mesti kata "aku tak mahu begitu".Rindu sejarah dahulu.


Orang menilai dan menyampai.Kita diberitahu.Apa kita buat?Melatah.Kadang2 iya.Tapi cuba teliti garis masa.Kita kenal mereka lama berabad.Kadang2 bermandi peluh dgn mereka..itupun masih melatah? Orang dengki dan terus menguji.Mendesak supaya kita lemah.Usaha kita sentiasa praktikal.Tetapi kenapa kita masih lagi mendengar.Bukan orang yg rasa.Kita yg rasa.Mekanisme apa yg ditawarkan? Jauh bukan penyelesaian.Kita mencuba tetapi jika detik itu mereka tawar untuk menerima bagaimana?Langkah penyesuaian cukup bijak tetapi hak mereka dahulu dihakis oleh kita,bijakkah mereka untuk menerima kita lagi?..Kita yang cuak.Faktor dominant apalagi yg perlu kita suaikan? Jauhkan diri lagi.Ia masih menimbulkan darjah kesukaran.


Cuba emosi kita letakkan tangga kedua.Medium yang kita rasa negatif kita buang jauh2..dan yang penting anasir-anasir yang selalu menilai dan menyampai kita jamu dengan pandangan positif.Sebab kita saling percaya.Dan jujur kata "Jauh itu sukar".

Copyright © / Apresiasi Poce.

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger