POLITIK DAN POLITE ETHIC

POLITIK DAN POLITE ETHIC


Penulis : PoceTaib

Lulusan: Diploma of Mechanical Engineering

Lulusan semasa : Degree of Mechanical Engineering (Design and Innovation) with Honor


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Sejajar dengan hasrat kerajaan dan pentadbiran organisasi dalam mentranformasikan negara kita sebagai negara yang mempunyai sistem nilai yang tinggi dan difusi budaya yang positif, pembangunan dalam pelbagai elemen seperti kestabilan politik yang menjadi instrumen untuk menggalakkan rakyat dan pemimpin sentiasa bersatu-padu dalam menempa sejarah sendiri adalah menjadi medan yang terbaik pada masa kini.Tradisi autentik ini perlu dijadikan sebagai kayu pengukur kepada sesiapa yang telah diberi mandat dan tanggungjawab bagi menjangkau tranformasi negara.


Politik tidak menyerang peribadi.Malahan,sebagai seorang mahasiswa kita dapat merasakan percambahan politik yang kita amalkan sekarang ini semakin meruncingkan tonggak kejayaan negara.Kita sebagai rakyat yang berbilang kaum memerhati dan menilai.Sesudah itu, apa yang membezakan kita adalah cara serta kematangan kita untuk berfikir dan kematangan kita untuk menerima.


Impian untuk memiliki sebuah negara yang aman dan stabil dari segi ekonomi,sosio-budaya serta yang paling penting evolusi politik boleh direalisasikan jika kita semua matang dalam membuat langkah penyesuaian melalui kebijaksanaan minda kita.5 tahun tampuk pemerintahan perlulah diberikan kepada meraka yang layak menerima.Situasi ini tidak boleh dieksplotasi kerana usaha yang praktikal antara rakyat dan pemimpin adalah langkah yang berkesan untuk mengorientasikan semula pemikiran manusia.Pilihlah dengan tepat.Nilai kedua-duanya.Hormat kedua-duanya.Tegur bukan mencanang.


Sekadar pendapat yang boleh dikongsi.


Tak rugi kita berkerjasama,kalau kita asyik bertelagah yang kalah jadi abu,yang menang tetap jadi cebisan arang"

Copyright © / Apresiasi Poce.

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger