Tatkala minggu meditasi exam melabuhkan tirainya..yeah!!




Polite Awakening:bile mereka tersenyum puas..

Sekalung apresiasi semua..

Q1) Laplace
Q2) Fourier Series
Q3) Partial Diff Eqn
Q4) …………


Salam semua..ehh kenape aku still lagi terbayang-bayang soalan exam tadi?penangan DE rasenye ^_^ sebelum itu, thanks a lot to my lecture DE Miss Asriana(*lps nie da x bley pggl Miss dah) hehe yang telah bertungkus-lumus mengajar dak2 2DMc2 supaya boley skor subjek dy..yeah tepat pukul 11.45pg tamat sudah paper aku yang terakhir Differention Equation (*betul ke uh aq eja) hehe maklumlah lega rasenye otak ni,lapang sesangat…lepas ni da x payah nak busy2kan otak untuk study sebab next week aku dah mula menfokuskan diri dalam bidang mekanikal dan praktikal dengan company..truly mekanikal fuhh,neves gak nieh..Next week aq da mula praktikal kat company di Batu Pahat,dekat ngan uma huhu…Evergreen Fibre Board Berhad namenya kalo x silap aku..

..::picit tok gedabakan pic ni::..


Hmm..orait kite tinggalkan cete tuh dulu..skunk ni balik pade tajuk..waah lepas pegawai peperiksaan umumkan “pelajar-pelajar yang memnduduki subjek DACS2222 dibenarkan pulang”…terus rakan-rakanku semua berpusu-pusu keluar..nikmat rasenye apabila last paper dijawab dengan tenang,berkat lecturer agaknya..hehe..Sejurus aku nak mencapai beg,nua datang segera menarik tangan untuk bergambar..kenangan katanya..kelaka gak si nua nie,macam kat hostel x boley amik jek..hehe,kami di hostel emerald park or now known as Regal park till esok sebab kami semua ade taklimat berkenaan dengan Latihan Industri/Praktikal sebelum kami melangkah dengan jayanya ke company masing2 Isnin depan…huhu…

..::picit tok gedabakan pic ni::..

Macam-macam planning kedengaran bile dak2 DMc bercerita:
Tatkala atat pelawa main bowling..
Tatkala is ajak swimming..
Tatkala sayang/khairyl ajak se-game DOTA..(*hikhik)
Tatkala nua menyatakan “poce,bile lagi”..*aku buat xpaam ^_^
Tatkala syua insist “poce ,nak main catur bistari”
Tatkala irsyad ajak karaoke..
Tatkala saufee/ciken ajak tido..(*aik nie pon msuk..hehe)


Oke macam2 planning sudah di-branstorming..hikhik,tapi hakikatnya,aku lihat saufee dah menepuk2 bantal..hmm jawabnye..hikhik..petang2 sebegini bantal itu seakan mengilai lak kat aku nieh..aku sudahi dengan serangkai soklan t0k korang yerk,jwb dlm hati tau:

1.3 names in your message while we all break semester holiday?

2.Who was the last person you went out talk informaly? where?

3.What will you do if you miss your mates?

4.Last thing you borrowed from your friends?.



salam apresiasi..cau~

Loghat Exam ^_^



Rude Awakening : bile mereka cube bersenda..


Sekalung apresiasi semua..
Hari ini genap tarikh 18 April 2010.Boleh dikatakan aku sudah mengharungi 4 paper daripada 6..sungguh teruja rasanya untuk mengakhiri minggu meditasi exam ini..Tetap akan aku gagahkan jua separuh kudrat kudsi ini bagi mencapai apa yang aku mahukan untuk semesta ini..kadang-kadang ada juga pemikiran ini bertindak tidak rasional,buku diletakkan jauh2,nota aku simpan dalam2,facebook online hari2..Tetapi apakan daya,humanisme yang ada pada seseorang manusia boleh diatasi dengan kehendak yang kuat..Begitulah krononologinya,..

emm,nak kongsi apa ye..?..uh hari ini selepas exam Bahasa Mandarin pagi tadi(*setelah berhempas-pulas menjawab dan "membandingkan" answer msg2),terus balik hostel campak beg atas katil bukak laptop,online facebook..Macam biasalah,first thing aku buat bukak email dulu..check and delete email yang mane patot coz kadang2 facebook x dapat detect dengan cepat if someone give msj or leave their comment,da best solution your email can read faster dat msj and comment..

picture dari Mr.Muin

Meh aku share sikit typical things that occur when dmc-ian leave their comment..Agak menarik juga,bukan kerana apa..banyak perkataan yang sinomim dengan tabiat remaja2 sekarang...boleh dijadikan contoh seperti perkataan loghat...Kelaka juga bile difikirkan semula..Mengikut sumber fakta loghat atau slang adalah merupakan bahasa atau dialek yang digunakan oleh sesetengah masyarakat ataupun etnik dan suku..Tetapi di dalam situasi ini lain pula..mereka lebih selesa jadikan perkataan loghat itu sebagai satu jenaka yang boleh diterima..Kadang2 tersenyum aku dibuatnya..ada saja perkataan yang baru untuk berjenaka dan bersenda..Maklumlah kami semua berada di salah satu jangka meditasi exam yang sudahpun menjelang kesudahannya..Tinggal apa lagi untuk mereka mengusik gurau senda...kat bawah ni ada sedikit gambar yang boleh aku jadikan hiasan mata..



*klik untuk zoom in

hah begitulah rentetan crop moment yang begitu sesuai untuk di kupas..Agaknya,tinggal berapa sahaja kami semua bersama untuk mengisi jenaka,senda,tawa dan gurau masing2 kerana kalau ikut my counting apreciation day at Utem ni,6 or 5 day to go with friend,friend and kawan..kepada blogger, isilah ruang kehidupan anda semua dengan sifat humanisme,interaksi didalam persahabatan dan perhubungan..waaa,da letih da nie..pena keyboard berhenti disini dulu ye kawan.cau..

_Dedekasi t0k Dmc_

Kronologi budak dmc

Kasih ayah tiada penghujungnya, kasih ibu dibawa kesyurga.
sekadar renungan sebelum kita semua menhadapi final exam..g0 Dmc!

Hari ini entah mengapa aku terdetik utk bermain-main dengan pena. Hati ini bagaikan sedang mengibas sayapnya supaya meluahkan apa yang terbuku di fikiran. Walaupun kesihatan ini memaksa tubuh utk longlai, namun aku perkasakan juga kudrat yang ada kerana ingin menzahirkan sesuatu yang aku rasa penting untuk kita kongsikan.
Kasih ayah tiada penghujungnya, kasih ibu dibawa kesyurga..renungkanlah..

*******************************
Dalah sedang sibuk mengemas bilik stornya yang sudah lama tidak dibersihkan,sambil mencapai kain lap berwarna biru, mata dalah menguis disebalik kotak besar berwarna coklat didepannya..rupa-rupanya potret wajah kesayangan papa&ibunya..Apabila terkenangkan ibunya, dada dalah mula berombak dan manik-manik kekuatan mula jatuh berguguran.Hatinya pilu, sedih dan sesalan yang dirasakannya begitu berat umpama dirinya memikul satu batu besar yang bukan saja bisa melondehkan bahunya malah lebih dari itu.Dalam keheningan malam dalah menghadap Ilahi, berdoa agar diampunkan dosa-dosanya terhadap kedua ibu bapanya yang tercinta yang telah pergi menyahut seruan Ilahi, terutamanya dosa terhadap ibunya.

dalah sayu, airmatanya bagaikan tidak dapat disekat lagi, mengalir laju membasahi pipi gebunya. Peristiwa yang bagaikan mimpi ngeri dalam hidupnya menerpa lagi dalam ingatannya.

*******************************
“Dalah, tolonglah fikirkan masa depan kamu nak, ”rayu ibunya, Salawati dengan nada yang sayu.Dia begitu berharap agar Dalah sedar akan perbuatannya.Dalah merenung tajam wajah lesu ibunya. Matanya bagaikan bebola api yang kemerah-merahan,sungguh marah dirinya terhadap ibunya.

”Apalah ibu ni,tak boleh ke Dalah hidup dalam kebebasan?Asyik nak mengongkong je!!Ibu ingat Dalah budak kecik lagi ke??!!,bentak dalah dengan kasar.

Salawati diam tanpa kata.Lidahnya kelu,suaranya bagaikan terlekat di celah kerongkong.Dia hanya mampu memandang lenggok jalan anaknya hingga anaknya hilang dari pandangan mata. Salawati masih ingat, Dalah dulunya budak lelaki yang comel wajahnya, baik budi pekerti dan begitu menghormati orang tua dan begitu ramai yang menyenanginya.

Walaupun Dalah merupakan seorang budak lelaki yang lincah dan periang, kelembutan pekertinya masih terserlah sesuai dengan wajahnya yang kacak dan suaranya yang merdu bak buluh perindu.Dalah tidak pernah menengking, apatahlagi meninggikan suaranya kepada dia dan arwah suaminya,Amiruddin .


Dalah merupakan satu-satunya anak tunggal yang manja dan ditatang bagai minyak yang penuh oleh Salawati.Segala kemahuannya dituruti, tambahan pula, Suaminya orang berada. Amiruddin dan isterinya melayan Dalah bagaikan putera mahkota, tidak sesekali dijentik mahupun dibiarkan nyamuk hinggap, begitulah kasih sayang mereka suami isteri terhadap anak emas mereka.Dalah memperoleh kesenangan dan hidup dalam kemewahan sebagaimana kehendaknya.

Namun,setelah kematian Amiruddin,anak emasnya mula berubah laku.Dalah menjadi budak liar. Dalah bukan lagi anak yang patuh arahan ibunya,sifat pekertinya juga hilang dimamah dengan sifat kasar, suka marah-marah dan meninggikan suaranya.Salawati sedar,perubahan Dalah adalah ekoran daripada kematian papanya yang tercinta,Amiruddin yang amat disayanginya.

Kematian Amiruddin sememangnya memberikan impak yang besar kepada Dalah,mana tidaknya Dalah sememangnya manja dengan arwah papanya.Dalah kehilangan kasih sayang seorang ayah dan perhatian Salawati sendiri akibat Salawati terlalu sedih tentang kematian suaminya yang tercinta.Berbulan lamanya kesedihan itu menjerut tangkai hatinya dan semenjak itulah kronologi itu memaksa Salawati tidak mempeduilkan keadaan anaknya.

Dalah yang terkapai-kapai mencari secebis kasih sayang dan perhatian dari seseorang yang bergelar ibu akhirnya terjebak dengan kegiatan yang tidak sihat kerana terpengaruh dengan rakan-rakan sebayanya yang suka melepak, ponteng dan bermacam-macam lagi kegiatan yang tidak berfaedah.Dalah lebih suka keluar dengan rakan-rakannya daripada duduk di rumah.

Bagi Dalah,rumahnya bagaikan tidak bernyawa lagi sejak kehilangan papanya dan tidak ada serinya lagi dengan keadaan ibunya yang selalu bersedih dan terus-menerus meratapi kematian papanya. Malah, dirinya sendiri tidak dipedulikan.Dalah akan keluar pagi-pagi lagi dan hanya akan pulang ke rumah lewat malam.Dan kadangkala Dalah langsung tidak pulang ke rumah. Pelajarannya juga diabaikan,dia kerapkali melanggar peraturan sekolah dan rentetan dari terlalu banyak masalah disiplin,Dalah dibuang sekolah.
**************************************************
1 tahun berlalu begitu pantas sekali,Kronologi terus memainkan peranan,kini Salawati yang telah dapat menerima kematian suaminya dengan hati yang redha akhirnya sedar dari kesilapannya yang mengabaikan anaknya, tetapi semuanya sudah terlambat,nasi sudah menjadi bubur.Dalah langsung tidak mempedulikan nasihat Salawati lagi.Dalah melayannya acuh tak acuh.

Tetapi Salawati tidak mengambil hati atas sikap anaknya walaupun hatinya bagai dihiris sembilu dengan sikap Dalah.Salawati tahu, silapnya kerana telah mengabaikan Dalah setelah kematian suami.Dia berasa sangat bersalah kerana dia merupakan salah satu sebab mengapa Dalah berubah tingakh-laku serta bersalah kepada suaminya kerana tidak mampu mendidik Dalah menjadi anak yang soleh seterusnya menjadi ibu dan ayah yang baik untuk zuriatnya itu.Salawati tersentak dari lamunannya yang panjang apabila terdengar dentuman pintu yang kuat.Lantas,Salawati beristighfar dan berdoa seketika di dalam hati kerana telah jauh mengelamun.

Tut..tut…handphone Dalah bordering…lantas dia angkat.

Dalah: “hah cikot,nape?”
Cikot: “sup der,ko kat ne?,jom a town ari ni..
baru pukul bape night still young der”…
Dalah: Sape lagi turun?function x?
Cikot: lek a bro,awek lu upon ade..
Dalah: sape awek aku?lu jgn mcm2…
Cikot: Top…haha,gurau2 der…
Dalah: macam laknat ko an..
Cikot: la macam bese la…kolek,sayang,jendal,kokoi,anak en.kanda,amdan boye,labis arsenal,afiq Y,sauq kurus..wei-wei der geng2 mat yuk BGH nak repeat doe…dorang kate x puas ati ko menang tue ari..expecialy dak kembar nua dgn is yang bajet taf tuh..dy nak repeat balik ngan ko..doe
Dalah: Phew..yeke?..aq x der mood a nak repeat ari ni..tp aq turun tempat bese kejap lagi,aq ade bende a nak story..tempat bese tau..
Cikot: ok ok der,x der al..cau dulu…
Dalah: Orait…tuttt..

Salawati tahu, pastinya dentuman itu datang dari bilik Dalah.Sebaik saja memandang kearah tangga, Salawati melihat anaknya yang telah siap berseluar jeans dan mengenakan baju t berwarna hitam lengan pendek dengan tulisan “metal” dan memakai rantai berbentuk tengkorak dileher jinjangnya. Salawati mengelengkan kepalanya kerana dulu Dalah tidak pernah berpakaian seekstrem sebegitu.“Pasti Dalah nak keluar lagi”, bisik hati kecil Salawati.

Dalah hanya menjeling ibunya dengan mata hezelnya dan terus melangkah kearah kekisi pintu depan rumah memakai kasut.Salawati terkocoh-kocoh mengekori langkah anaknya.Hajat di hatinya adalah untuk menghalang Dalah keluar.Salawati memaut lembut lengan anknya.“Dalah nak ke mana nak?”,soal Salawati.“It’s none of your business ok?”,bentak Dalah.

Kasar jawapan Dalah.“Dalah,janganlah keluar nak.Temankan ibu di rumah ye?Kita boleh masak sama-sama,pastu makan sama-sama,berbual atau menonton tv sama-sama.Dalah kan suka baring atas riba ibu sambil tonton tv.Ibu rindu la nak buat semua tu dengan anak kesayangan ibu ni. Dulu Dalah selalu temankan ibu, Dalah ingat tak?”,Salawati memujuk lembut.“Ahh,kenapa baru sekarang ibu ingat,tu semua dulu la bu,sekarang tak lagi.Ibu kan lebih suka duduk memerap dalam bilik,bertemankan airmata,huh”,pantas jawab Dalah.

Hei, ibu dengar ye, mana la ibu perlukan anak ibu ni lagi.Sejak kematian papa,ibu dah lupa kan ibu masih ada seorang anak yang bernama Dalah, yang perlukan kasih sayang dan perhatian dari seorang ibu.Selama ni Dalah jaga diri Dalah sendiri. SENDIRI,SENDIRI!!,understand?? Dalah bukan anak manja lagi seperti yang ibu harapkan lagi. So.. jangan nak menyekat kebebasan Dalah!! Dalah dah besar, and for your information..

Dalah suka dengan cara hidup Dalah sekarang.Sudah lah ibu,kita buat hal masing-masing jela, ibu buat hal ibu dan Dalah akan buat hal Dalah!!!!”tengking Dalah kepada ibunya.Matanya mencerlung memandang ibunya,bagaikan ibunya mangsa yang hendak diterkamnya. Tangan Salawati yang memaut lembut lengannya juga direntap kasar sehinggakan Salawati terjatuh. Walaupun Salawati terjatuh, Dalah langsung tidak mempedulikan ibunya, hatinya bagaikan beku.Dalah merentap tali kuning kunci motornya lalu cuba menghidupkan enjin skuter kesayangannya..

Salawati meraih seluruh tenaga yang ada,bangun mengejar skuter milik anaknya walaupun dirinya dalam keadaan sakit.Salawati nekad,hari ini dia perlu menghalang Dalah sedaya upaya daripada keluar bersama rakan-rakannya yang rosak akhlaknya itu. Dia tahu dia masih mempunyai peluang kerana Dalah masih lagi belum pergi,membetul-betulkan rambutnya..

Salawati bukannya mahu menyekat kebebasan Dalah, tetapi dia tidak mahu anak kesayangannya itu terus hanyut dibuai gejala-gejala yang tidak berfaedah.Salawati mahu anaknya kembali menjadi Dalah yang dulu, “Ya ALLAH,kembalikanlah Dalah, anakku yang dulu.Aku rela nyawaku diambil, tapi janganlah Engkau mengambil sifatnya yang aku rindui Ya ALLAH”, sayu Salawati berdoa di dalam hatinya kepada Yang Maha Esa.Salawati masih cuba memujuk anaknya yang masih tidak dapat menghidupkan skuternya walhal Dalah teringin benar pergi dari situ kerana menyampah memandang ibunya yang dirasakan hanya berpura-pura mengambil berat tentang dirinya.


“Nak,sedarlah nak, jangan la kamu terjebak dengan kegiatan yang tak bermoral lagi.Pintu masih terbuka luas untuk Dalah berubah,Dalah masih ada peluang,dengarlah cakap ibu ni nak”,dalam kepayahan Salawati menuturkan kata sambil menahan kesakitan akibat kepalanya terhentak batu semasa terjatuh tadi. “Sudah la bu!!, boleh jalan la dengan takzkirah ibu tu.Dalah muak,muak,muak!!!,meluat dengan ibu.Jangan tunjuk baik la bu. Ibu ni kan dah terhantuk baru terngadah tau tak? Sudah, lepaskan tangan Dalah,Dalah mahu pergi!!”,marah Dalah dan berlalu dengan skuternya yang telah berjaya dihidupkan.

Salawati masih tidak berputus asa,dia terus berlari dalam kesakitan mengejar skuter Dalah yang meluncur laju.Walaupun berkali-kali Salawati jatuh,dia terus dan terus mengejar anaknya sekuat hatinya sehainggalah dia berjaya memegang lengan anaknya, tetapi Dalah menarik kasar tangannya dan menyebabkan ibunya terjatuh sekali lagi.

Benarlah kata orang, kasih ibu membatasi segalanya, Salawati bangun dalam kesakitan yang teramat,ingin terus mengejar anaknya.Akan tetapi, malang tidak berbau,apabila sampai di persimpangan jalan,Salawati yang bersungguh-sungguh mengejar anaknya tidak sedar akan sebuah kereta yang meluncur laju ke arahnya.Salawati hanya mampu menyebut ‘ALLAHUAKBAR’ dengan kuat sebelum badannya terpelanting ke tepi jalan.

Dalah yang tidak jauh dari situ mendengar laungan kuat ibunya dan dentuman akibat perlanggaran tersebut menghentikan skuternya dan berpaling mencari wajah ibu yang dikasihi.Sejahat manapun dia sebagai seorang anak,hakikatnya dia amat menyayangi ibu yang telah melahirkan dan telah banyak berkorban untuknya,cuma hatinya degil,mahu menunjukkan egonya.

Tercengang Dalah apabila melihat tubuh ibunya yang telah terpelanting dan berlumuran darah.Perasaan dalah ketika itu diselubungi perasaan keliru.Tangannya mula terketar-ketar,kelopak matanya mula terbeliak...Dalah menjerit memanggil ibunya dan meluru mendapatkan ibunya.
Ibu?..ibu?.....

“Ibu!Jangan tinggallkan Dalah bu. Sebenarnya,Dalah sayangkan ibu, Dalah perlukan ibu.Bu, dalah bersalah.Dalah mintak maaf.Tapi tolong la bu,jangan tinggalkan Dalah!!!”, laung Dalah sekuat hatinya dengan linangan airmata.Kepala ibunya dipangku di atas ribanya dan dia mengucup dahi ibunya berkali-kali walaupun ibunya itu berlumuran darah…

Uhuk….uhukk…Dalah!,salawati cuba memegang pipi anaknya itu
Salawati mampu tersenyum dalam kesakitan dan menyahut lembut kata-kata anaknya, “Ibu pun sayangkan kamu nak. Ibu tak pernah berkecil hati dengan sikapmu.Ibu bersalah mengabaikanmu setelah kematian papamu,ibu mintak maaf. Ibu terlambat menyedari kesilapan ibu.Ibu tak dapat mendidikmu dengan sempurna.

Mungkin sudah tiba masanya ibu pergi,menyahut seruan Ilahi,mengikut jejak papamu.Jaga diri kamu baik-baik ya Dalah.Ibu dan papa sentiasa menyayangi dan mendoakan kebahagianmu, anakku.Ibu tahu,Dalah tidak kecewakan ibu kan..papa pasti bangga..uhuk..uhukk
“Ibu suka Dalah yang dulu,nak…berubah la menjadi Dalah yang dulu”,tenang Salawati menuturkan kata walaupun tersekat-sekat. Dan itulah kata-kata terakhir yang Dalah dengar dari bibir manis ibunya yang selalu menasihatinya. Dalah sayu dengan apa yang berlaku.“Tidak bu, ibu tak boleh tinggalkan Dalah, tak boleh!!”,tangis Dalah.. “Dalah dah takde sesiapa lagi selain ibu”,bisik Dalah ke telinga ibunya dengan rembesan airmata yang sedari tadi setia menemani setiap kata-katanya.

“Ya Allah, panjangkan umur ibuku, janganlah Engkau ambil nyawanya. Aku sayangkan dia Ya Allah.Aku dah takde sesiapa lagi selain dia”, doa Dalah dalam hati.Tetapi sesungguhnya, ALLAH Maha Berkuasa, Dia yang mencipta dan memiliki,ajal maut di tangannya. Salawati meninggal di tempat kejadian sebelum ambulans sempat tiba.Dan mungkin lebih tepat lagi..salawati meninggal dipangkuan anaknya yang tercinta…

Begitulah dalamnya kasih seorang ibu terhadap anaknya.Dalah meraung sekuat hati sambil mengoncang tubuh ibunya.“Ibuuuuuuu!!!”………..

****************************
Dalah kembali ke alam nyata.Peristiwa yang sudah 2 tahun berlalu itu masih segar dalam ingatannya.Mana mungkin dia melupakan peristiwa yang telah meragut nyawa ibunya. Semuanya salah dirinya.Ya!!Salah dirinya.Terlampau banyak dosanya kepada ibunya.

Sungguh, sampai ke hari ini dirinya menanggung rasa bersalah itu walaupun ibunya sudah memaafkannya.Seandainya waktu dapat diundurkan,Dalah ingin sekali mengubah segalanya.Dia tidak akan menjadi anak yang derhaka kepada ibunya.Dalah sedar,nasi sudah menjadi bubur.Kalaulah dulu dia mendengar kata-kata dan nasihat ibunya,tentu dia tidak akan menjadi anak yatim piatu yang mewah dengan harta benda tapi miskin kasih sayang.Dia tahu,syurga seorang anak terletak di bawah kaki ibu,tapi dia mempunyai dosa yang besar terhadap ibunya.



“Oh Tuhan, ampunkanlah dosa hambamu ini terhadap ibuku. Semoga Engkau tempatkan dia dalam kalangan orang yang beriman dan cucurilah rahmat-Mu kepadanya, Ya Karim. Amin....”detik hati kecil Dalah.Sungguhpun dia sedih dengan kematian ibunya,dia tidak meratapinya kerana dia yakin dengan qadak dan qadar Allah.“Oh ibu,Dalah rindukan ibu”,bisik Dalah memandang gambar ibunya…

Copyright © / Apresiasi Poce.

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger